Hari ini aku rasa aku dah makin tua. Benar tu, tak tipu. Memang pun dah fikir macam ni buat suatu masa dah, tapi, hari ni macam.....woooo.......boleh menyalurkan perasaan tu dalam patah perkataan dan fikiran yang lebih konkrit. Serious, boleh merasai perubahan ini dalam pelbagai aspek.
Sebagai contoh:
1) Aku mudah lupa....benda-benda kecik je la. Tapi ini simptom awal kan.
2)Mula dgr lagu classical dan Bahasa Perancis. Wah, teruk ni, last time dgr pun nak muntah.
3)Berfikir ttg issue global dan peranan ku sbg warga dunia ini.
4)Pemikiran terhadap pakaian mula berubah.
5)Membaca buku issue mendalam. Fiksyen dah mula berkurangan.
......dll
Kan, kan, aku dah cakap pun. Tak tipu. Sekarang dalam prosess menerima perubahan ni. Tapi aku tak rasa ini perkara buruk. Ia cuma menambahkan lagi suatu facet baru dalam diriku yang unik ini. Hahaha.....perasannya aku.
Ok. Sekarang aku ubah topik. Hari ni masuk speech. Tak menang la, dapat consolation je. Tapi kan, aku rasa sangat puas kalah. Tahu kenapa? Krn pemenang-pemenang speech tu sangatlah bagus. Serious, aku kurang memberi komen yg bagus kat org, tapi serious, mereka patut menang. Isi kandungan dan cara penyampaian mereka membolehkan mesej yg ingin disampaikan masuk kedalam hati dan benak para penonton. Aku yang serba kekurangan dgn isi yg pelik dan latihan yang tak cukup, mendapat pengajaran yang hebat hari ini. Aku akui, diriku masih jauh dari sempurna. Maka, aku akan mengukuhkan tekat untuk makin berusaha. Dalam apa-apa pun, aku mesti tabah.
Ok, dah habis cakap olehan kosong ttg diriku ini, hahaha.....kamu betul-betul habis baca sampai sini? Nampaknya minat juga kamu kat diriku yg serba kecik ini. :P Terima kasih je lah. Sebenarnya, aku rasa coretan aku kat sini agak kosong la. Patutkah aku menambah "berat" penulisan kat sini? Hmmm.....
3 comments:
huhuhu....dalam process "penuaan" lah nih. :P
Tak kisah ak u nak baby me :P Aku terima di baby kau. Dtg Osaka tak fuyu ni?
Dah lama tak tulis BM,kalau nak saya tulis karangan mcm ni dah tak mungkin ler..*Respect
haha....boleh lah. Just try. You will never know. :D
Post a Comment